Snag a Button


Get your own Digital Clock

Thursday, March 31, 2011

Pelajar Unimas Bunuh Diri Di Jambatan Cinta Tasik UNIMAS | Kes Bunuh Diri Di Universiti

Lagi-lagi bunuh diri. Kali ini melibatkan seorang pelajar UNIMAS. Semalam pergi la bilik kawan, then dia bising2 bagi tahu ada budak FK (Fakulti Kejuruteraan) bunuh diri kat Jambatan Cinta...  Terkejut sangat time tu...



Yang tertariknya kes ni, budak tu ada blog. Baca entry last-last dia tu seram jugak macam dah nota nak bunuh diri dah. Kalau nak tahu bacalah blog dia

Memang ada masalah dengan manusia? punca bunuh diri?

Entahlah. Walau apa pun masalah, dengan manusia ke, dengan kerajaan ke, dengan pihak universiti ke,
bunuh diri bukanlah penyelesaiannya. Banyak lagi ruang untuk pertingkatkan diri, bunuh diri tu idea songsang ntah dari mana ntah sebagai langkah terakhir. Haiishh, pengaruh banyak sangat ni

Bunuh diri di Universiti/Kolej

Pengalaman belajar di Universiti ni, memang kes bunuh diri di Universiti bukanlah satu perkara baru. Biasanya pihak universiti akan nombor 1 sorok kes ni. Biasalah, nak tutup supaya orang luar tak tahu. banyak terjadi kes 'cubaan' nak bunuh diri ni kat uni ni aku rasa dah tiba kerajaan pantau masalah ni. campur tangan skit dan cuba bagi inisiatif pada pihak univrisiti supaya kes macam ni tak berulang lagi


10 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

tak tahan hadapi tekanan agaknya...

khairul akmal bin azman said...

manusia akhir zaman..
aish2.

Anonymous said...

kesian..kdg2 bila dah tensen sgt, dah tak tau nak pegi mana..beginilah jadinya..

MDT pun baru tau, adik kpd kawan masa sekolah pun terlibat dlm kes sama di IPTA di Selangor..hurmmmm

bersama2 kita berdoa semoga dijauhkan perkara2 sebegini terjadi pada ahli keluarga dan keturunan kita..aminn

Aisukul said...

masyaALLAH..
bunuh diri itu dosa besar...
bunuh diri itu diazab dengan apa yang dia lakukan ketika bunuh diri berulang-ulang diakhirat nanti, kalau dia bunuh diri terjun dari tempat yang tinggi, diakhirat nanti diazab seperti itu juga, dia akan terjun terus menerus dari tempat yang tinggi, terus diulang-ulang, na'udzubillahimin dzaalik.

en_me said...

terkezoot kanns.. uhuhu

maza said...

aduhaiii.. kes bunuh diri nabi boleh tak nangku umatnya dek.. huhuhu

ada hadis menyatakan tak wajib di solatkan.. huhuhu

MSOM said...

Sungguh Sadis....

Fantastic Ajane said...

masa u dulu pun ada kes mcm ni..x baik menajdi ikutan ni..

EB said...

Salam..
Adoi dia bunuh diri caner ek?
Ni tmpt Bkayak ni dulu masa sukan U..
Huhuhuhu EB dr UMSKAL..
Jmbtn tmpt dating.. hahaha.. Arrghhh I miss u UNIMAS..

Unknown said...

apa² masalah yg timbul dalam hidup ini kena hadapi dengan tenang sentiasa ingat padaNya kerana dari dia kita datang kepadaNya juga kita kembali. Tuhan maha mendengar dan maha penyayang jadik sentiasalah bermonolog denganNYa.Amin.