SAHABAT adalah teman sehidup semati
sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini
SAHABAT keseorang yang sangat memahami
tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira
tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya
SAHABAT juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih
bagi Anna nilai seorang sahabat susah untuk dicari
SAHABAT umpama 1000 orang kawan.
KAWAN pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang
bila kita gembira atau ketawa kegembiraan
KAWAN akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan
tapi bila kita sedih dan terluka
KAWAN datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan
TAK semua kawan boleh jadi RAKAN
TAK semua rakan boleh jadi TEMAN
TAK semua teman boleh jadi SAHABAT
jadi kalau anda punya SAHABAT
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan
jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita
setiap orang punya kelebihan dan kekurangan
Tanya pada diri!
”ADAKAH SAYA ATAU ANDA, TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
jika anda dalam kategori sahabat
alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda
beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda
maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik
sahabat yang bersahabat kerana Allah
sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan
sontohilah bagaimana sahabat2 dizaman RASULLULLAH SAW
Itulah yang dinamakan SAHABAT
Sayangi sahabat dan kawan kita