Snag a Button


Get your own Digital Clock

Saturday, May 19, 2012

First Time Pergi Penggilan Di Sarawak

Last Saturday Anna ikut Pak Dol (boss tempat Anna buat part time) pergi kenduri kahwin...
orang kat sini panggil "Penggilan"...
menurut housemate Anna asal usul nama ini adalah dari perkataan "Free Lunch"...
diorang nak sebut secara cepat, so terjadi la nama "Penggilan"
tapi xtahu la betul ke x...
jangan-jangan Anna kena tipu...

jom tengok beberapa gambar yang sempat Anna snap...

kat tempat rumah pengantin ni, diorang buat tempat untuk karaoke...

kenduri kahwin kat Sarawak ni berbeza skit dengan Semenanjung..
kenduri kahwin kat sini bermula seawal pagi dan berakhir pada waktu tengahari,
compare dengan semenanjung yang bermula lewat pagi dan berakhir pada hingga petang...

diorang kat sini makan pakai sudu...
lepas Anna dah ambil makanan, Anna terus menuju ke meja makan, tiba-tiba ada seorang mak cik panggil n bagi Anna sudu...
Anna ambil je la...
bila da sampai dekat tempat duduk, Pak Dol cakap kat sini diorang memang makan pakai sudu...
tapi Anna xmakan guna sudu pun, Anna makan guna tangan...
xbest la guna sudu, xsyokkkkk... (~_^)

ni la peneman Anna pergi penggilan tu...
lat me introduce my lil sis kat UNIMAS, Acu aka Farhana
kat blakang Acu tu la Pak Dol...

 kitorang sampai lebih kurang dalam pukul 12 macam tu la...
kitorang sampai lewat sangat, makanan pun da nak habis...
tapi xpela, makan je la ape yang ada...

antara juadah yang dihidanglan adalah, ayam masak merah, gulai daging, telur rebus berlada, gulai akar keladi dan tembikai...


posing pas makan... (~_^)
actually, Anna ingat lepas makan Anna nak masuk dalam rumah nak pergi tengok hantaran n pengantin, sekali Pak Dol cakap yang kat sini time kahwin xdee hantaran, hantaran just ada time pertunangan je...
alahai, kuciwa betul, baru nak tengok...
lagi kuciwa bila Pak Dol cakap yang pengantin da tuka pakai baju biasa...
cepat betul diorang ni tuka pakaian...
hukhukhuk...

lepas makan tu rasa macam bosan je, xtahu nak buat ape...
so, Anna pun suruh la Pak Dol nyanyi...
mula-mula dye macam segan, Anna paksa n paksa, then dye pun bersetuju nak nyanyi...
Pak Dol nyanyi lagu Ratulu yang dipopularkan oleh Awie...
serius suara Pak Dol sedap...
actually Anna nak share video tu ngan korang, tapi Pak Dol da warning kat Anna jangan share, so Anna share la...

tengah-tengah syok rakam Pak Dol nyanyi pihak rumah pengantin pun rancak berkemas...
masa tu waktu lebih pukul 12.30 tengahari...
cepatkan diorang berkemas...
lebih kurang pukul 1 macam tu, kitorang beransur pulang...
dalam perjalanan pulang, Anna ada nampak beberapa gerai kat tepi jalan...
kitorang berhenti kejap kat situ nak silau ape yang diorang jual kat situ...

ni la rupa gerai tu...
mostly, sume jual benda yang sama je la...
kerepek-kerepek, sayur-sayuran n air-air macam tu la...
Anna ade la jugak beli beberapa kerepek n air kelapa...
kerepek dye serius sedap murah pulak tu...
1 bungkus satu ringgit je...

seronok jugak la pergi penggilan kat sini...
coz sedikit berbeza berbanding dekat Semenanjung...
dapat jugak la tahu macam mana budaya diorang kan...
hoping that after dapat pergi penggilan kat sini lagi...

1 comment:

.Norizah Haron. said...

kejap gile kenduri o_0