Snag a Button


Get your own Digital Clock

Wednesday, May 23, 2012

Pelakon Wanita Terbaik for OSCARS Award

Khamis lepas time kelas Hubungan Etnik
ada presentation and Tuan Haji Syahrul Nizam  (coordinator Ethnic Relation) janji nak bagi hadiah untuk beberapa anugerah sempena projek video pendek kitorang...
antara anugerah yang dipertandingkan adalah :-

Suntingan Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Filem Pendek Terbaik

Serius lawak giler anugerah ni...
kitorang gelak-gelak je sebab sebijik macam anugerah OSCAR tu...
rajin betul Tuan Haji nieyh...
siap letak montaj and sound lagi...
Time sebut calon-calon untuk wanita terbaik
serius terkejut yang nama Anna tercalon jugak...
ada 3 orang yang tercalon, Anna adalah calon yang no.3...
after tunjuk semua calon-calon, Tuan Haji pun umumkan lah nama pemenang...
jeng... jeng... jeng...!!!
~Tengku Nor Ezzah Farahana ~
so sekarang jadi 2x terkejut...
hahahaha...
after amik hadiah dari Tuan Haji, tuan Haji cakap kena bagi sedikit ucapan...
sempat lagi Tuan Haji berbisik dekat Anna
"time awak bagi ucapan tu awak cakap la terima kasih dekat mak dan ayah di kampung... awak bagi la ucapan panjang-panjang sikit"
hahahaha... lawak betul Tuan Haji nieyhhhh...
time tu kan macam x expect pun yang menang kan, so macam xprepare pape speech la... haahaha...
Anna just cakap "actually xtahu nak cakap ape... just nak cakap terima kasih kepada semua esp group saya"
hahahahaha...

kalo korang nak tengok video pendek yang da menang anugerah, boleh terus click link kat bawah ni tau...

Filem Pendek Terbaik
Suntingan Terbaik

untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Anna xdpat jumpa la link dye...
soweyyyyyy...

jom tengok apa hadiah yang Anna dapat...

buku ni hasil tulisan pesyarah Anna sendiri tau...
Tuan Haji Syahrul Nizam Junaini...

Tuan Haji sign kat dalam buku ni...
korang nampak x....??? (~_^)heee





Saturday, May 19, 2012

First Time Pergi Penggilan Di Sarawak

Last Saturday Anna ikut Pak Dol (boss tempat Anna buat part time) pergi kenduri kahwin...
orang kat sini panggil "Penggilan"...
menurut housemate Anna asal usul nama ini adalah dari perkataan "Free Lunch"...
diorang nak sebut secara cepat, so terjadi la nama "Penggilan"
tapi xtahu la betul ke x...
jangan-jangan Anna kena tipu...

jom tengok beberapa gambar yang sempat Anna snap...

kat tempat rumah pengantin ni, diorang buat tempat untuk karaoke...

kenduri kahwin kat Sarawak ni berbeza skit dengan Semenanjung..
kenduri kahwin kat sini bermula seawal pagi dan berakhir pada waktu tengahari,
compare dengan semenanjung yang bermula lewat pagi dan berakhir pada hingga petang...

diorang kat sini makan pakai sudu...
lepas Anna dah ambil makanan, Anna terus menuju ke meja makan, tiba-tiba ada seorang mak cik panggil n bagi Anna sudu...
Anna ambil je la...
bila da sampai dekat tempat duduk, Pak Dol cakap kat sini diorang memang makan pakai sudu...
tapi Anna xmakan guna sudu pun, Anna makan guna tangan...
xbest la guna sudu, xsyokkkkk... (~_^)

ni la peneman Anna pergi penggilan tu...
lat me introduce my lil sis kat UNIMAS, Acu aka Farhana
kat blakang Acu tu la Pak Dol...

 kitorang sampai lebih kurang dalam pukul 12 macam tu la...
kitorang sampai lewat sangat, makanan pun da nak habis...
tapi xpela, makan je la ape yang ada...

antara juadah yang dihidanglan adalah, ayam masak merah, gulai daging, telur rebus berlada, gulai akar keladi dan tembikai...


posing pas makan... (~_^)
actually, Anna ingat lepas makan Anna nak masuk dalam rumah nak pergi tengok hantaran n pengantin, sekali Pak Dol cakap yang kat sini time kahwin xdee hantaran, hantaran just ada time pertunangan je...
alahai, kuciwa betul, baru nak tengok...
lagi kuciwa bila Pak Dol cakap yang pengantin da tuka pakai baju biasa...
cepat betul diorang ni tuka pakaian...
hukhukhuk...

lepas makan tu rasa macam bosan je, xtahu nak buat ape...
so, Anna pun suruh la Pak Dol nyanyi...
mula-mula dye macam segan, Anna paksa n paksa, then dye pun bersetuju nak nyanyi...
Pak Dol nyanyi lagu Ratulu yang dipopularkan oleh Awie...
serius suara Pak Dol sedap...
actually Anna nak share video tu ngan korang, tapi Pak Dol da warning kat Anna jangan share, so Anna share la...

tengah-tengah syok rakam Pak Dol nyanyi pihak rumah pengantin pun rancak berkemas...
masa tu waktu lebih pukul 12.30 tengahari...
cepatkan diorang berkemas...
lebih kurang pukul 1 macam tu, kitorang beransur pulang...
dalam perjalanan pulang, Anna ada nampak beberapa gerai kat tepi jalan...
kitorang berhenti kejap kat situ nak silau ape yang diorang jual kat situ...

ni la rupa gerai tu...
mostly, sume jual benda yang sama je la...
kerepek-kerepek, sayur-sayuran n air-air macam tu la...
Anna ade la jugak beli beberapa kerepek n air kelapa...
kerepek dye serius sedap murah pulak tu...
1 bungkus satu ringgit je...

seronok jugak la pergi penggilan kat sini...
coz sedikit berbeza berbanding dekat Semenanjung...
dapat jugak la tahu macam mana budaya diorang kan...
hoping that after dapat pergi penggilan kat sini lagi...

Thursday, May 17, 2012

Open Day Kolej Sakura

Rasanya macam da lama Anna x update blog...
nak kata Anna ni bz, xla jugak...
masa tu ada, cuma Anna ni macam malas sangat nak mengarang...
ok la, kali nie Anna nak bercerita mengenai Open Day Kolej Sakura yang berlangsung selama seminggu...
banyak jugak lah aktivitri yang diadakan sepanjang Open Day ni...
antaranya adalah Seminar Wanita Anggun, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Montaj, Kawad Kaki, Snack and Ladder, Dream High Costume Dance, Sakura Girls Power, Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Apartment & Closing Ceremony Open Day.
serius time ni memang banyak boleh dapat merit...
so, time ni Anna ambil peluang ni untuk kumpul merit sebayak mungkin...
antara aktiviti yang Anna join :

Seminar Wanita Anngun (5 May 2012)
(Peserta)



Cupcake yang Anna dapat...
comel kan...

Seminar ni ada 2 sesi
sesi yang pertama sesi berkenaan wanita dan kerjaya,
sesi yang kedua berkenaan personaliti wanita...


Anna dengan Izzah (rumet Anna)


Anna dengan Farah (rumet Anna)

Best jugak la Seminar ni sebab
Anna dapat tahu macam mana cara pemakaian yang betul bagi bentuk badan macam Anna nieyyy...
seriuslly before ni Anna pakai hentam je beli pakaian, xkira la baju ke, seluar ke...
janji rasa cantik...
penceramah tu cakap, badan macam Anna ni sesuai pakai seluar jenis boot cut and straight cut...
elakkan pakai seluar yang jenis skinny 2...
sangat-sangat xsesuai...
dan Anna jugak digalakkan pakai pakaian yang bewarna lembut dan senada...
elakkan menggunakan warna yang terang dan contra...


Pertandingan Kawad Kaki (12 May 2012)
Peserta

ni baju jersi yang Anna pakai time kawad tu...

pagi tu, Anna bangun pukul 6 pagi sebab kitorang kena berkumpul dekat depan Mini Mart Kolej Sakura pukul 6.30 pagi...
bas datang lebih kurang pukul 7 lebih-lebih...
kami bergerak menuju ke Depo Timur...

Anna dan kawan-kawan yang lain menuju ke Padang Kawad Palapes...


sempat lagi bergambar dengan My Siblings (Along-right & Acu-left)
heeeeee...

Serius cuak gila rasa bila sampai dekat Padang Kawad Palapes ni...
memang sangat besar la padang tu...
Kolej Sakura no. 2...
selepas Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ)...
tunggu punya tunggu, tibalah giliran kitorang...
time tu neves gilak...

Anna sentiasa berselawat agar xrasa neves sangat...
to b honest, time buat kawad statik Anna buat dengan ok...
but, masa time kawad formasi, Anna ada buat salah jugak la skit...
tersalah kaki...
tapi Anna buat slumber je and teruskan kawad macam biasa...


lepas je habes, terus rasa macam lega...
serious x tipu, rasa macam satu beban yang berat da hilang...
heeeeee...

ni dari Kolej Kenanga...
 diorang punya kawad memang xperlu dinafikan lagila coz diorang ni budak Palapes and Suksis..
memang kemas habis la...
bila nak pusing pun memang 90 darjah...
jalan pun sume sama jew...
serius jealous ok...!!!!!!!

bila da habis je kitorang kawad, ada la jugak bunyi-bunyi yang xberapa sedap nak dengar...
diorang macam  salahkan satu sama lain...
sampai ada sorang tu macam nak nangis...
then ktorang ckap la, benda da lepas kan...
xperlu la nak salahkan sape-sape...
Anna yakin mesti ramai yang buat salah sebab neves kan...
pape pun Anna enjoy je join kawad nieyhhhh...
yang paling enjoy, kulit makin gelap...
(mata ke atas, tangan ke bahu)...
hahahaha...



Dream High Costume Dance (12 May 2012)
AJK Teknikal

actually kawad kaki n akt ni berlangsung pada hari yang sama...
kawad pagi, DHCD malam...
ni first time tau Anna jadi AJK Teknikal...
tugas AJK Teknikal ni lebih kurang macam handle music-music macam tu la...
contoh macam kena sediakan lagu masa VIP datang, lagu UNIMAS, kena make sure semua lagu dari kumpulan yang bertanding berfungsi...

nampak x Anna kat stage 2...??
pinky pinky...
glamour kejap tau...hahaha...

Anna lupa nak cakap, tema DHCD kan...
tema DHCD adalah Safari Night...

Kolej Sakura - ular
Kolej TAZ - rama-rama
Kolej Bunga Raya - monyet
Kolej Seroja - iguana

untuk aktiviti DHCD ini memang Anna xsempat nak snap pic coz bz kan...
tarian setiap kolej memang bestla...
memang sume buat tarian yang totally different...
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan Anna xbuat ape kesilapan...


Closing Ceremony Open Day (13 May 2012)
(penonton)

Closing Ceremony nie bermula jam 8 pagi...
kitoang satu rumah pergi lebih kurang pukul 7.20 macam tu la...
semangat pergi nieyh sebab rumah kami dinobatkan sebagai rumah kedua terbaik untuk Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Apartment...
heeee...

Anna jadi wakil untuk ambil hadiah...
nampak x muka Anna yang happy sebab dapat hadiah dari Cik Ain? (Pengetau Kolej Sakura)

Alhamdulillah jugak, kawad Kolej Sakura menang nombor dua...
happy sangat coz dapat dua hamper...lalala...

tahniah diucapkan kepada Kolej Bunga Raya sebab Johan untuk pertandingan Dream High Costume Dance dan Kawad Kaki...
oleh disebabkan diorang menang,
so, diorang kena perform sekali lagi time closing...
serious tarian diorang sangat best...
costume diorang pun sangat kena dengan tema...

kami satu rumah bergambar kenangan dengan hadiah yang kami menangi...
dari kiri (Anna, Izzah, Farah, Ceceliah n Azi)

balik umah, rasa cam gedik-gedik sikit kan...
Anna amik lagi gamba ngan hamper...heee...

Saturday, May 5, 2012

.::Anna gadis yang rajin::.

mesti korang geli kan ngan tajuk entry nieyhhh...
hahahahaha

nak tahu tak nape Anna cakap Anna ni rajin...??
cuba korang tengok kat bawah nieyhhh...
banyak kan baju Anna basuh!!!!!
semua basuh pakai tangan otew...
hahahaha



lebih kurang 3 baldi juga la baju Anna basuh malam tadi...
penuh satu line ampaian nieyhhh....
kepada rumet-rumet yang ku sayangi,
sorry k coz da penuhkan ampaian nieyh...
heee...



actually ni first time Anna basuh baju sampai tiga baldi sekaligus
biasanya bila baju da penuh satu baldi, Anna terus basuh
nak dijadikan cerita...
minggu lepas, tangan Anna terkena shaver


Anna terpotong kuku Anna sendiri...
ganas betul Anna ni kan...
dan sebab tu jugak la
baju Anna jadi bertimbun-timbun
tapi sekarang, Alhamdulillah da makin ok...
da xsakit da...
lepas kejadian tu, terus trauma dengan shaver... (~_^)