Snag a Button


Get your own Digital Clock

Tuesday, July 2, 2013

IT Outing at Port Dickson (08/06/20113)

Da hampir sebulan baru berkesempatan nak update pasal IT Outing kat Port Dickson. bz je memanjang. hurm, bz ke?? hahahaha. actually hari tu Anna ada buat review pasal Permaisuri Resort Port Dickson. Kalau nak baca boleh klik sini. Permaisuri Resort Port Dickson Review. So, kali ni Anna just cerita aktiviti-aktiviti yang kitorang jalankan sepanjang outing ni.

Outing ni sebenarnya hanya 2 hari 1 malam je. Kitorang pergi asing-asing. Anna pergi dengan Shahin, Ida & Kak Aime. Lebih kurang pukul 11 pagi kitorang kumpul dekat main entrance CAT. Anna naik dengan Kak Aime & Shahin naik ngan Ida. Lebih kurang puku 11.15 pagi kitorang start gerak ke Port Dickson. Excited gak nak g sana coz da lama x g sana n da lama xmain kat pantai. (~_^)wink wink


Perjalanan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke Port Dickson, Negeri Sembilan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan time tu agak jam jugak. Tapi tak dela jam teruk gila. Sepanjang perjalanan tu berborak je kerjanya. Tukar-tukar story & dengar lagu. Rupanya Kak AIme suka lagu yang berentak soul jugak. Salah seorang artis yang dia suka ialah John Legend. Anna try dengar lagu nyayian Joh Legend, ok la. best especially "Save Room". Best, to those yang suka irama soul, boleh la try dengar lagu-lagu John Legend.

Lebih kurang pukul 1.00 ++ tengahari, kitorang sampai dekat Port Dickson. Kitorang check in pukul 3.00 petang, memandangkan masih awal kitorang singgah dekat Muzium Tentera Darat kejap. Next entry Anna akan cerita berkenaan Muzium Tentera Darat kay... (~_^)wink wink
* Suggestion : memang patut pergi bagi yang tak pernah pergi lagi. Have fun & tak rugi pape pun coz it's free. heeeeee.



Cuaca hari tu agak panas. Pukul 2.00 camtu kitorang start gerak pegi ke Permaisuri Resort Port Dickson. Actually, this is first time kitorang pergi Permaisuri ni, so terpaksa guna map and bantuan signboard yang ada kat tepi-tepi jalan. Bila tengok map macma da nak dekat, tapi rupa Permaisuri tu xnampak pun. Tetiba Shahin kol tanya da sampai ke belum, rupa-rupanya kitorang dah terlajak. Tak perasan signboard Permaisuri. Signboard Permaisuri berada sebelah kanan, sekali dengan signboard resort and hotel-hotal yang lain. Korang kena alert skit coz signboard dia warna putih. Sampai je kitorang terus check in. Sepanjang check in tu memang macam-macam masalah yang berlaku pada Anna and colleague yang lain. More details, baca yang review tu. heeeee.



Selesai je check in, kitorang naik ke bilik masing-masing. Solat & rehat jap. Kol 5.oo ++ kitorang turun ke pantai untuk jalankan sedikit aktiviti. Planning awal naik main volleyball tapi bola diorang xprovide & bola yang kitorang bawak agak kepis aka xde angin sangat. So, tuka ke aktiviti lain. First kitorang main gak volleyball tu even bola xde angin. Sakit gak tangan-tangan diorang tu. Anna xmain coz takut nak ambil bola. Justbaling je pandai. hahahahahaha. Lepas main volleyball, kitorang main bola beracun. Colleague yang lelai kebanyakannya tak tahu macam mana nak main bola ni. Penat tau Anna nak kena explain kat diorang ni. 2,3 kali baru diorang faham. Kitorang divide by two team coz tak cukup orang. Ada colleague yang xdatang lagi & para isteri sibuk melayan anak-anak mereka main. Anna satu kumpulan dengan Cik Jeff, Cik Shah & Ida. Team satu lagi diwakili oleh Cik Kamal, Cik Azli, Kak Aime & Shahin. Seronok main bola beracun. Semangat masing-masing xnak kena bola & pihak lawan pun semangat nak bagi pihak satu lagi kalah. Ada yang sampai tergolek pun ada nak elak dengan bola punya pasal. Memang semput gak la main coz bulatan kecik and da lama sangat x bersukan. heeeee.



Habis je main bola beracun, kitorang rehat jap and then sambung plak dengan aktiviti kanak-kanak. Anna and colleague yang lain hanya tengok and bantu buat preparation untuk bebudak tu je la. Aktivity untuk kanak-kanak adalah cari gula-gula and baling beon yang berisi air. Seronok tengok budak-budak tu berebut nak ambil gula-gula. Bila nak baling belon, semua macam takut-takut nak ambil coz takut belon tu pecah and basah baju. Habis sesi kanak-kanak main, my colleague buat kerja nakal, diorang ambil baki belon and baling dekat colleague yang lain. Semua lari berkeliaran coz xnak basah. Hahahaha. Seronok.




Sambil main-main, kitorang discuss berkenaan tempat BBQ. Sepatutnya kitorang berBBQ dalam Permaisuri, tapi diorang cakap dah penuh and wakaf plaq tengah renovate. Tak tahu la betul ke tak berkenaan wakaf tu, xde nampak renovate pon. hehehehehe. Anna try kol Cik Timah (orang yang handle nasi goreng) tanya samaada dia tahu or tak tempat untuk berBBQ. Kebetulan adik dia ada kedai yang berdekatan Permaisuri and adik dia bersetuju bagi pinjam dekat kitorang untuk berBBQ. Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 6.30 kitornag bersurai sebab pukul 7.30 kitorang kena gerak pergi ke tempat BBQ. Selepas bersurai, sempat lagi lepak kat tepi pool, tengok budak-budak main. heeeeee.




Anna and Kak Aime gerak awal ke tempat BBQ sebab kitorang nak pergi cari ice dulu. Kitorang beli ice dekat 7 eleven. 7 eleven tu ada kat belakang Ploy Mall. Lebih kurang pukul 8 semua colleague da sampai and da start bakar membakar.





 Macam-macam ada. Semua colleague memang bermurah hati. Macam-macam diorang bawak.



Kak Hanim bawak udang and kerang, Cik Kamal add on ayam sikit & sotong, Cik Jeff bawak kambing, Cik Shah bawak pinggan polisterin, cawan polisterin & bluebaerry tart, Cik Kimi bawak sos cili, sos tomato, plastik sampah, and jajan.





Special thanks to Mr Kamal coz dialah Mastercheft kitorang malam tu. Sampai berpeloh-peloh dia membakar BBQ tu. heeee. 



Yang paling Anna suka mestilah kambing. 


Sedap gila. Kerja makan je malam tu.






Orang lain da stop makan tapi Anna still makan lagi. hahahahha. ni muka-muka yang masih makan sampai lewat malam. Siap makan kat meja buffet lagi. hahahaha.



BBQ ni habis lebih kurang pukul 11.0 malam ++. Special thanks to Mr Jeff, sanggup tunggu Anna, Shahin, Kak Aime & Ida kemas barang-barang and balik skali dengan kitorang. Terharu kejap. Mr Jeff memang Head of Departent (HOD) and Supervisor yang terbaik. BIla da sampai kat Permaisuri, siap tunggu lagi dekat lobby. Nak make sure kitorang memang da betol-betol ada dalam Permaisuri. Terima kasih sekali lagi Cik Jeff.

Mr Jeff (Black), Mr Hakimi (Orange) & Mr Yuzman (Light Orange)
Balik je bilik terus mandi, solat and baring. Tetiba kepala rasa macam nak pecah. Pening betul. Mungkin sebab exhausted + makan kambing. Nak demam pun ada masa tu. Baring-baring jap, pastu terlelap. Keesokannya aktiviti free & easy. Anna pergi breakfast and lepas tu lepak kat tepi pool and then pegi main-main kat pantai.







Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kitorang semua check out and bergambar kenangan di hadapan Permaisuri Resort Port Dickson and then bersurai.


Anna (Orange), Aime (Pink), Ida (Yellow), Shahin (Black)


Anna jumpa boyfriend kat sana. Nama dia Hakimi. Cute x? (~_^)wink wink

No comments: