Snag a Button


Get your own Digital Clock

Wednesday, October 24, 2012

Isu keselamatan yang kian hangat dalam kampus dan luar kampus: UNIMAS

<Isu Pertama>

Lokasi: Kolej Kenanga
Tarikh: 22 Oktober 2012
Waktu Kejadian: 4.45 pagi
Waktu Laporan: 4.50 petang
Maklumat: 
Tiga komputer riba dan telefon bimbit berserta wang sebanyak RM50 telah dicuri dari dalam sebuah 'aparment'. Pelajar-pelajar yang terlibat tidur di ruang tamu pada waktu tersebut.. Salah seorang pelajar sedar ketika suspek meninggalkan 'aparment' tersebut namun atas dasar terkejut, pelajar tersebut tidak mampu melakukan apa-apa. Laporan tidak dbuat serta merta dan unit KESKEM bertindak setelah melihat 'post FB' pada sebelah petangnya.. Pegawai keselamatan bersama unit KESKEM berjumpa dengan salah seorang pelajar yang terlibat dan hasil siasatan 'on the spot' mendapatI pagar di luar perimeter kolej direbahkan. Sebarang andaian tidak dapat dibuat kerana kemungkinan besar itu merupakan cara pencuri mengaburi mata pihak keselamatan.. Semakan dibuat oleh pihak keselamatan dan mendapati rondaan pada malam tersebut dilakukan sekitar jam 4 pagi melalui sistem 'Tagging Point'. Sama ada suspek orang luar atau orang dalam masih dalam siasatan.. Laporan akan diajukan kepada pihak Polis dan langkah yang terbaik akan diambil untuk mencari suspek tersebut. Pihak MPP telah memohon agar Rondaan di kolej Kenanga diketatkan untuk memastikan sebarang kejadian tidak diingini tersebut berulang memandangkan pagar tersebut belum dibaiki lagi. Pihak MPP juga berpesan kepada saudara Rahman Nanyan yang berada di lokasi kejadian agar memajukan isu pagar tersebut kepada pihak kolej.. Berharap semua pelajar dapat mengambil iktibar dan tidak merungut sekiranya sebarang 'spot check' diadakan.. Bersama kita mencegah.. Setiap langkah ada sebabnya.. ; )

<Isu Kedua>
Lokasi : UNIGARDEN
Tarikh : 22 Oktober 2012
Waktu Kejadian: 9.20 malam
Waktu Laporan: 9.30 malam
Maklumat: 
Tiga pelajar UNIMAS berjalan pulang setelah menjamu selera di Kafe Anjung Ria pada jam 9.15 malam. Sewaktu berjalan di kawasan gelap berdekatan dengan tadika, sebuah motosikal mendekati pelajar tersebut dengan keadaan mencurigakan. Pelajar yang perasaan akan kehadiran 'makhluk asing' tersebut melarikan diri apabila mendapati dua orang atas motosikal tersebut mengeluarkan senjata seakan pedang. Pelajar-pelajar tersebut juga mendapati ada 4 buah motosikal (2 orang setiap motosikal) lagi menunggu di belakang motosikal pertama tersebut.. Dua daripada pelajar melarikan diri ke arah semak samun.. Manakala seorang pelajar lagi berlari ke arah kedai makan dan menjerit mendapatkan perhatian orang sekeliling. Dua orang pelajar yang berlari ke arah semak samun jatuh ke dalam longkang dan cedera. Pelajar-pelajar tersebut kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh pemandu UNIMAS. Unit KESKEM memaklumkan kes tersebut kepada Pihak Polis Kota Samarahan sewaktu menguruskan kes pelajar disamun di dalam UNIMAS dan melawat mereka di hospital sekitar 2.00 pagi.. Pelajar tersebut memaklumkan bahawa penyamun tersebut mengugut mereka untuk menyerahkan telefon bimbit.. Namun tidak berjaya. Suspek juga disyaki telah memerhatikan mereka sejak di kedai makan lagi.. Dua pelajar yang cedera akibat jatuh ke dalam longkang itu dirawat dan mereka selamat kembali ke rumah mereka di UNIGARDEN pagi tersebut.. Alhamdulillah.. Keesokan hari, pelajar tersebut telah membuat laporan rasmi di Unit Keselamatan UNIMAS serta di Balai Polis Daerah Samarahan. 

<Isu Ketiga>
Lokasi: Jalan menuju Kolej Allamanda (berdekatan dengan kawasan kayak dan Kompleks Islam UNIMAS)
Waktu Kejadian: 10.15 malam
Waktu Laporan: 10.25 malam
Maklumat: 
Dua pelajar perempuan UNIMAS dalam perjalanan mengambil kawan di Kolej Allamanda ditahan oleh dua orang lelaki tidak dikenali dengan menaiki motosikal melalui tingkap kereta yang tidak ditutup. Mengugut menggunakan senjata, dua 'makhluk asing' meminta telefon bimbit dari pelajar tersebut. Akibat takut diapa-apakan, pelajar tersebut telah menyerahkan dua telefon bimbit dan sebuah dompet kepada 'makhluk asing' tesebut. Setelah disamun, pelajar tersebut melapor kepada pihak Keselamatan UNIMAS dan pegawai keselamatan membawa pelajar-pelajar tersebut ke Balai Polis Daerah Samarahan. Sesi pengecaman suspek turut diadakan setelah beberapa pegawai keselamatan UNIMAS menahan 2 remaja yang mencurigakan di kawasan berdekatan dengan kampus INTAN. Pelajar-pelajar tersebut menafikan suspek yang ditahan dan dibawa pulang ke UNIMAS setelah keterangan diambil oleh pihak polis. Salah seorang pelajar tersebut yang telah pulang ke semenanjung mengambil surat pengesahan pelajar dari BPPS UNIMAS.. Sekiranya perlu pelajar-pelajar tersebut akan dipertemukan dengan unit Kaunseling untuk urusan bantuan kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa. 

Tujuan berkongsi bukan untuk menunjuk tetapi untuk berkongsi dengan semua rakan-rakan mengenai perkara sebenar.. Mohon disebarkan dan bersama kita mengambil iktibar agar jenayah tidak berleluasa di dalam kampus.. Jagalah diri untuk kita bersama menjaga UNIMAS..
Panduan kepada semua:
1) Laporkan dengan kadar SEGERA sekiranya sesuatu berlaku.
2) Patuhi peraturan KESELAMATAN KOLEJ dan jangan merungut sekiranya tindakan diambil.
3) Kerjasama semua diperlukan untuk bersama kita MEMBANTERAS JENAYAH di dalam dan di luar kampus. 

~Together We Care~ ♥ ♥ ♥

2 comments:

Unknown said...

Benda2 ni semua tak berlaku kat awak kan?

Unknown said...

Alhamdulillah... x... (~_^)