Snag a Button


Get your own Digital Clock

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Ke-2 di Perantauan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Anna masih lagi dapat berjumpa dengan bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan Ramadhan untuk tahun ini... Agak sedih jugak kali ini kerana terpaksa berpuasa berjauhan dengan keluarga... Tahun ini Anna amik inetrsession, that's why masih berada di bumi kenyalang...


Alhamdulillah jugak kerana Anna da berjaya menunaikan solat terawih yang pertama untuk Ramadhan kali ini... buat pertama kalinya Anna solat terawih 11 rakaat termasuk witir yang mengambil masa yang agak panjang untuk kali ini... Alhamdulillah jugak, berkat kesungguhan imam, akhirnya habis jugak 1 juz untuk hari ni... to be honest, rasa menggeletar jugak kaki sebab x pernah solat dalam tempoh yang agal panjang macam ni... ramai jugak yang jadi imam tadi, yang Anna tahu untuk solat Isyak, international student  from Tanzania and untuk terawih ada dua orang... salah seorangnya international student dari Egypt, sorang lagi Anna xpasti...


Cara diorang menunaikan solat terawih agak berbeza berbanding dengan kita... starting dye macam xde hint, tetiba terus dengan takbir... biasanya after 4 rakaat mesti ada doa kan... tapi tadi xde... dye gantikan dengan tazkirah... rasanya average untuk setiap 2 rakaat maybe lebih kurang 20 minit kot... isyak kat sini lebih kurang pukul 8.05 macam 2 la... selesai sekali dengan witir tadi, lebih kurang jam 10.10 macam tu la... biasanya jugak, pada 15 hari terakhir sahaja kan kita masukkan doa qunut dalam solat witir, tapi hari ni da start baca doa qunut... doa qunut tadi pun agak berbeza jugak la sikit sebab dye include sekali dengan doa... apa yang Anna puji sangat dengan imam-imam tadi adalah sebab diorang sangat-sangat bersungguh-sungguh... masa baca doa qunut tu, bila part dye memohon doa tu tetiba hati rasa pilu sangat, xsemena-mena air mata jatuh... cara dia memohon doa sangat bersungguh-sungguh... suara pun semakin lantang... rasa meremang jugak bulu roma... tetiba Anna jadi rasa sedih sebab Anna tak pernah bersungguh-sungguh macam dia...

InsyaAllah, untuk ramadhan kali ini Anna akan cuba memperbaiki diri Anna dari segala aspek dan insyaAllah jugak Anna nak jadi lebih baik dari sebelum ni... Anna akan rebut peluang yang ada untuk sentiasa mendekatkan diri pada-Nya... insyaAllah... Anna berazam agar Anna x nak tinggal solat, x nak melewatkan/melengah-lengahkan solat, dan menutup aurat yang sebetulnya... insyaAllah...


No comments: