Snag a Button


Get your own Digital Clock

Tuesday, October 23, 2012

Puasa Sunat Hari Arafah

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:


1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.” (HR Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…

Owh ye, mesti ada yang tertanya-tanya. Macam mana nak niat puasa sunat ni kan. Kita boleh niat “puasa sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”. Nak lafaz niat pun takpe, tak nak lafaz niat pun takde masalah. Yang penting, ada lintasan niat di hati (nak puasa sunat) sebab niat itu adalah perbuatan hati. Tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati (kira mcm niat solat jugak la. Sebut usolli2 tu belum kira niat lagi. Bila dah angkat takbir dan ada lintasan hati nak solat fardhu sekian2, maka itu baru dikatakan niat)

Untuk waktu berniat adalah sebelum Subuh sehingga sebelum Zohor hari ke 9 Zulhijjah.. kiranya, kalau dah bangun solat Subuh, lepak2 tengok TV, tiba2 teringat nak puasa.. maka boleh berniat puasa. Dengan syarat, selepas Subuh tu, tak melakukan sebarang perkara yg membatalkan puasa (spt jimak ke, onani ke, makan sarapan ke dsb).

Marilah kita sama-sama berpuasa pada esok hari... (~_^)wink wink

No comments: